Pertama sekali, nak ucapkan tahniah kat Kak Yayah dan Abg Ezam yang telah melangkah ke alam baru . Semoga memdapat anak-anak yang soleh dan solehah . Aminn ! Nampak tak aku dalam gamba tu ? Mesti tak nampak kan ? Sebab suci sangat . Haha . Mane ade . Gurau je . Ada tuhhhh . Pakai jubah putih uallls ! Haa. Suci tak suci . XD Haa . Satu lagi . Tak sabar nak berkongsi kegembiraan ni !! I dah jadi budak Degree (ok. x de sapa kesah -,-) Tapi bosan la jugak . Sebab credit hours sem ni sikit and banyak gila masa lapang . Kelas amatlah membosankan . Haih . Sedih kan ? T,T
Okay, Cukup sampai situ . Kang sampai esok pagi x habis menaip XD Entri kali ni bukan untuk nak story pasal aku atau pasal kawin ke ape . Saje buat "Title" gempak gile . Haha . Entri kali ni nak story pasal BERINAI . Haa . Kepada kaum hawa yang suka berinai ni , ni berita baik . Selalu korang beli inai kat luar tu pudar semacam je . Inai ni kompem merah pekat, menarik, menawan dan sebagainya. Korang bole cuba sendiri. Tak perlukan wang pendahuluan pon. Cume perlukan usaha je. Usaha untuk mencari daun inai . Haa . Inai buatan sendiri ni lagi pekat warnanya dan puas hati bila pakai . Tak de la korang merungut inai korang tu cair mair . Eee ! Tak selera tgok ! (over kejap).
Tadaaa ! Daun inai . Kejapkan aku jumpe ^^
Kepada yang kenal aku dan tahu rumah aku kat mana. Korang bole datang dan tebanglah pokok inai kat belakang rumah aku tu sesuka hati dan tidak perlu meminta izin . Terlalu banyak daun dan bercabang-cabang . Kalau nk pekat, amik banyak-ii . Tapi amik daun je . Jangan amik batang . Tu dah melampau dah . Haha . Lepas tu korang terus letak kat tangan XD (hambar) . Tak boleh letak kat tangan teros . Tak mujarab . Korang kene menumbuk daun-ii kat atas tu sehingga lumat dan sebati . Tapi sebelum korang menumbuk, korang kene sediakan beberapa bahan seperti :
Gambir
Nasi
Mesti korang tertanya-tanye, kenapa bahan-ii tu suma pelik-ii . Jangan pening-ii . Jangan panik . Biar aku terangkan dulu . Fungsi-ii bahan kat atas tu :
1. Gambir - memerahkan lagi inai
2. Nasi - melekatkan inai pada kuku selepas ditumbuk lumat
Okay ? Faham ? Haa . Lepas tu korang tumbuk la bahan-ii kat atas tu dengan daun inai yang korang petik tadi . Tiada sukatan untuk gambir dan nasi . Tapi agak-ii la berapa banyak korang nak gune tu . Kalau gambir tu masok lah dalam 4-5 biji . Kalau nasi tu sesudu besar ke .. Jangan seperiuk nasi korang masokkan . XD (ok lame) -,-
Ni lah hasil selepas menumbok kesemua bahan-ii :)
Lepas menumbok tu , korang letaklah atas jari jemari korang tu . Biasanya aku pakai waktu malam . Sebab x de aktiviti nak dibuat dan inai lama dijari . Semakin lama inai di kuku , semakin merah menyala kuku anda (conclusion^^) . Untuk orang kawin , dorang bolot satu jari tu terus . Tapi kalau remaja sekarang , dorang lagi suke pakai kat kuku je kan ? Ala-ii pewarna kuku gitu . So .. Buatlah macam ni .
Letak atas kuku je la kalau nak inai kuku je
Lepastu korang balut la inai tu supaya tak terkena mane-ii tempat . Balut dengan plastik dan diikat dengan tali rafia . Macam Gamba bawah ni . Biasanya aku perlukan ibu aku untuk tolong ikat sebab nak manja . Hehe ^^ . Eh ! Tak delah . Sebab mana bole ikat dengan satu tangan . Haa
Tadaaa ! Baru satu jari -,-
Tadaaaaaaaaa! Semua jari kau ! :D
Biasanya aku pakai lepas solat isya' . Sebab lepastu bole tidur dan inai tu akan lebih lama di jari jemari anda. Esok pagi bangun, bukak dan cuci . Mesti masa tu korang puas hati sebab jari korang dah merahhhh !!! Macam jari I ~~~~
Cantik kan ?
Sampai sini je entri kali ni . Ape-ii nanti korang buatlah sendiri dan dapat menjimatkan duit . Selamat mencuba dan berjaya ye :) Bye Bye
SyuQie
0 comments:
Post a Comment