Harapan


Assalamualaikum :)

         Yeayy ! Sem dah nak habis dah. Tak de la suka sangat. Final tu bukan la mimpi indah bagi semua pelajar :( Tapi x pe la. Sekadar menghilangkan stress, pening2, mual2 dan segala macam rasa yang aku rasakan sekarang ni. Dah lame x jengah blog ni XD Awhhh ! Rindunya .

          Okay. Roomate pon entah hilang ke mane. Tak de kawan nak membebel. Bebel je la kat sini. Sedih kan ? Haha XD Hari ni nak cerita pasal harapan. Nampak gambar atas tu ? Orang tengah hilang harapan. Kesian. (entah2 orang tu tgh tido) Sesuka hati aku je curi gambar dia . XD

          HARAPAN. Mengikut kamus hiduap aku yang 18 tahun sebulan 2 hari ni, harapan bermaksud mengimpikan sesuatu atau mengidamkan sesuatu. Eh? Ye ke ? Haha . Kalau nak pasti, pi tengok kamus dewan. Kalau salah jangan marah. Tu ikut kamus hidup aku (sumber pertama aku)^^.

         Semua orang ada harapan. Harapan pulak didefinisikan kepada banyak cabang. Tak terkira banyaknya. Bila kita ade seseorang untuk diharapkan.. Kita mulakan meletakkan harapan yang tinggi pada seseorang itu. Kita mula berharap dan berharap. Tapi kita lupa. Ya kita lupa ! Tidak ada benda yang kekal dalam hidup ni. Semuanya pinjaman dan sementara. Sehinggakan bayang-bayang kita sendiri pun akan meninggalkan diri kita apabila kita di dalam kegelapan. Berharaplah pada diri sendiri dan yang paling utama, berharaplah pada Pencipta diri kita ini. Itu sahaja yang dapat menabahkan diri kita di kala kita diuji. Be confident ! Be strong ! Pecaya pada diri sendiri.

        Ok la. Sampai sini saja entri kali ini. Sekadar peringatan ringkas untuk semua dan diri ini. ^^ KIta manusia mestilah sentiasa nasihat-menasihati. So.. Bye Bye

SyuQie

0 comments:

Post a Comment