Mulut Orang

Assalamualaikum Cinta <3




          Eeewah! Cinta kau. Hahaha. Jarang aku update blog ni. Nak2 time exam bhai. Haa. Pagi tadi exam programming. Mungkin rabak dah kot paper tu aku cincaikan. Tapi tak pe. Ada lagi 3 paper untuk dirabakkan. Just wait and see. Balik pada tajuk bebelan kita harini. "Mulut Orang". Hahaha. Act, bukan nak cerita pasal mulut orang yang bangkai longkang parit puaka niyang rapik semua tu. Kehadiran entri kali ni cuma nak story sikit pasal feedback entri yang lepas. Haa. Kalau tak baca lagi. Pi baca sana. Aku ni bosan. Mencari pendengar setia. Tak pernah ada. So, story kat pembaca setia aku je. Awhhh. Sweetnya korang. Mengenali aku melalui pena je. Hehe. Malu kejap. Semua tinggalkan aku kat UTP sorang2. Yang lain hilang entah kemana tah. Rumet pon tengah memburu makanan tak silap. Sebab dari tadi duk kata lapar. Aku je tak layan dia. Kesian dia. -,-. Tinggalah aku sendiri mereput membongak menonggeng membongek melahu mehuhuhu me-segala macam lagi la.

          Hahaha. Ok. Dah. Cukup sampai situ je bebel aku yang dah tersasar 100km jauhnya dari tajuk entri ni. Banyak jugak la feedback aku dapat. Dari kenalan rapat sampai la ke orang asing. Wuish. Asing kau. XD Dah membe duk pakat survey soalan kat ceruk mana tah. Kompem la orang yang menanya tu pon aku tak kenal. Hahaha. Siot tau budak ni. Buat aku scary seram seram sejuk. Antara feedback yang aku dapat. Tadaaa:

1. "Ok la"
(yang ni baca macam x de perasaan ~)

2. "Ada part yang menarik (bersama emoji tapi tidak kelihatan disini)"
(aku tak tahu ap yang buat kau tertarik doeh. tapi aku rasa kau lagi menarik XD )

3. "Terbahak bahak aku baca bodohhhh XD"
(yang ni konpius. tang mana aku buat lawak pon x tahu -,- sesedap adabi mak kau je cakap aku bodoh)

4. "Saya suka awak (bersama emoji yang  mengiurkan -,-) "
(haa. yang ni. aku tahu kau punya feedback kan pompuan XD )

5. "Okay jer aku rse..mnjwb dgn baik stiap soalan..n yg privacy mmg tak ptut utk dijwb..so,okay lah..nice post. Jwb pon mmg lengkap jer..takde buat org still tertanya2"
(ni feedback paling skema setakat ni XD tapi yeah. paling positive berbanding yang lain. balik utp cepat2 ye)

6. "Nanti kita pi JPO sesama ye baby gurlzzah :*:**"
(awhhh. mmg tu yang aku tunggu. kita shopping ok nanti jemahh)

7. "Kau sentiasa cantik :*"
(hahaha. celah mana cantik minah oi? cakap sikit. macam cakap dgn cermin)

8. "Kau paksa aku baca!"
(mmg aku paksa kau baca. sbb kau yang survey soalan ni vangang -,-)

9. "At last!! Aku tahu impian kau!!! Muahhahahah)
(-,- knp? nak tolong penuhi impian aku ke? poyo je statement. macam penting sgt impian aku untuk hidup mati kau ~bersama emoji mata keatas~)

10. "Masa kat skola dulu x nak cite kat dpn psl diri sendiri. Gedikgedikgedik. Syuk gedik!!!"
(amboiii. mulut kau ni bau hangit! sesuka ckp org gedik. ni pon menjwb org tanya tau. dasar mulut puaka)

11. "Yeayeayyy (bersama emoji tepukan tangan)!! Hadiah aku ada dalam list kau)
(amboi. happy kemain. lain kali bagi lah banyak lagi hadiah ye. bole aku sumbat dalam list kat entri akan datang pulak)


          Ok gais. Tu je feedback yang aku dapat dari geng2 puaka niyang rapik seharum sundal siang malam pagi petang dan ada jugak dari orang yang aku tak kenal. Wuuuuu~ Hahaha. Komen aku kat atas tak payah la nak amik serious sampai nak makan hati berulam jantung bagai. Sekadar hiburan di malam hari sebelum mata pena menitipkan tintanya yang terakhir dan sebelum mata melabuhkan tirainya. Ecewahh. Ayat karangan espiyeem kau keluar. Dahsyat. -,- Bongekla aku malam ni. Maklumlah~~ Lama dah tak tulis karangan untuk majalah SSI PERKASA gituu~ Ingat lagi kau trademark ssi. Mohon jangan kecam. XD So gais. Entri kali ni pon dah nak sampai ke penghujung. Semoga anda tidur dengan lena malam ni dan tidak diganggu oleh segala gangguan yang possible untuk menganggu anda. Jangan lupa doa tidur.

SyuQie

0 comments:

Post a Comment