Siti Nursyukriah Binti Mohd Noor

Assalamualaikum semua :)

           Seperti yang dijanjikan. Aku akan buat appreciation post untuk celebrate pageview yang ke 1000. Bukan aku yang nak okay. Member aku ni yang duk sibuk suruh aku tulis. Lepastu dia suruh tulis pasal diri aku. Ermm. Hahaha. Aku?? Apa lagi doeh yang korang nak tahu pasal aku. -,- . Aku senanya tak tahu nak tulis apa. Tapi member aku punya semangat ni duk survey soalan kat semua orang. Siap ada list soalan untuk bertanya kat aku. Ada yang ok and ada yang tak patot ditanya. Kalau soalan korang yang aku jawab tu.. means soalan tu patutlah ditanya. Yang aku tak jawab tu.. Pepahamlah bro sis. Kita semua ada privasi memasing. Tak bersedia untuk dihebohkan setakat ni. Aku malas nak senaraikan soalan2 yang berlambak tu. Aku jawab je dalam entri aku yang merapu ni. Korang cari la jawapan yang korang nak tu sampai dapat ye. Korang yang susahkan aku nak menjawab, pepandai korang la cari jawapan tu okay...


           Nama panjang Siti Nursyukriah Binti Mohd Noor. Erti dalam Islam ialah cahaya kesyukuran. Siti tu hanya nak mencantikkan nama je. Hehe. Nak no ic? Nak buat ap? Nak masuk dalam sijil nikah? Maaf bro. Not available. Hahaha. Tapi kalau nak tahu birthday bole. Hehehe. Aku lahir pukul 8 malam pada tarikh 8 November 1996 di Poliklinik Latifah Bandar Baru Uda JB. Aku dilahirkan pada usia kandungan 7 bulan. Kira premature baby la. Cakap pasal birthday. Aku dah bagitahu tu pepandai la sediakan hadiah ea. Dah kau sibuk tanya. Hadiah jgn lupa. Penat aku type untuk jwb soalan kau tau. Gambar kat atas tu gambar paling latest yang aku ada. Aku pakai spek yang comel2 tu XD Lol. X comel pon. Yang buat 'peace' tu. Ok dah.

           Hadiah yang aku nak? Aku x pernah spesifikkan hadiah untuk orang bagi kat aku. Sebab dah nama hadiah. Lets make it special. Biar kita tak tahu hadiah tu. Lagi best. Kalau dah tahu and dapat hadiah yang sama je. Bosan ~~ Kalau dah tak de idea sangat nak bagi hadiah tu. Kau bagi wish yang panjang and sweet gila nak mati pon diterima je. Hehe. Hadiah apa aku pernah dapat? Setakat ni, hadiah yang selalu aku dapat ~~ Cehh. Selalu ^^ Sweater, teddy bear, baju, pen, purse, tudung, keychain, kasut, kad, wish dll (x igt sbb byk sgt :P) ~~ Ni yang biasa orang bagi. Hadiah yang aku bole katakan special ni sebab hadiah ni diluar dugaan dan tak percaya pon aku dapat. Hahaha. Hadiah yang special ni pon kebanyakkan dari orang yang special dalam hidup aku. Family, FAS-T, Iman. Hadiah special yang aku pernah dapat dari orang special dalam hidup : Cincin, rantai, subang, gelang, percutian, video special, kad raya buatan Iman yang super duper cantik & unik, album yang direka khas untuk aku, dan potret aku ( ni lagi wow sebab Iman seorang yang pandai melukis dan pernah ambil tempahan melukis. So, kalau u gais nak tempah. Gi tempah lukisan dgn dia. Cantik gila).

           Ok. Semua persoalan pasal hadiah bole baca kat atas. Tak nak sentuh dah pasal hadiah. Pasal ciri-ciri lelaki idaman -,-. Aduhh -,- . Soalan apa doeh korang tanya ni. Hmm. Ciri-ciri dia ckup la sekadar Islam bukan hanya pada IC, lelaki sejati, sihat tubuh badan dan kewangan yang stabil. Aku tak delah cerewet sgt. Sekadar yang mampu mengajar aku ke jalan yang benar tu dah elok benar dah. Tipu la kalau tak pandang pada rupa kan. Haha. Sekadar yang masih manis dipandang tu dah ok dah bagi aku. Tak ade yang perfect. Aku pon x perfect. Bersyukur sgt sapa yang bole terima aku. Crush? Boyfriend? Tunang? Suami? XD tak perlulah kau tahu semua tu. Sampai masa nanti kad sampai okay :) Just wait and see.

           Yang tanya pasal makanan ni. Memang sengaja buat aku kebulur. XD Lapar. Padahal baru lepas makan. Aku suka semua masakan kampung. Nak2 kalau dapat IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK. Aku boleh meroyan kalau tak dapat ikan tu weyhh. Aku lebih suka masakan kampung sebab aku dibesarkan dulu pon oleh seorang nenek. Aku suka masak. Aku lebih suka makan makanan yang dimasak di dapur rumah. Aku bukan jenis yang makan luar sangat. Sejak masuk UTP ni baru nak berjinak jinak makan luar. Kalau minuman. Aku main bantai je asal hilang haus.

          Dreams? Igt drama korea Dreams High ke 0.o . Apa yang aku idamkan? Hmm. Benda yang yang paling aku idamkan. Lepas graduation. Aku nak kerja. Nak kumpul duit sendiri. Lepastu nak bukak business. Business ap kau tak yah la semak. Hahaha. Tak suprise la kalau aku bagitahu. Bila dah business nanti aku akan slow2 lepaskan kerja makan gaji aku tu. Nak kumpul duit sendiri. Hantar parents g haji (kalau dorang tak g haji lagi la masa tu). Hajikan diri sendiri jugak. Lepastu kalau ada rezeki lebih. Aku nak buat rumah hasil dari titik peluh aku sendiri. Aku lebih sukakan kehijauan. Aku dari dulu teringinkan rumah berkonsep kayu. Tak tahu kenapa. Tapi mmg suka. Dah plan dah dalam kepala ni. Tengah tggu je bila dah sampai masa. Pergi merantau satu dunia kalau rezeki lebih la masa tu. Mesti korang sibuk duk tanya. Mana nak selit kahwin tu kan? Hahaha. Aku tak terfikir kahwin sgt. Dah sampai masa. Dah sampai jodoh. Kahwinlah. Tapi still dreams aku tu semua aku nak achieve sendiri. Bukan bantuan suami aku (kalau dah kahwin la masa tu) Bila kita achieve benda tu semua sendiri. Kita rasa puas. Bukan nak cakap selfish atau pon x nak orang bantu. Tapi ni aku. Aku nak dapat dengan diri aku. Bukan orang lain. Sebab suami aku nanti pon ada jugak dreams yang dia nak kejar. Bukan 100% nak penuhkan dreams aku tu je. Please girls. Korang ada kudrat sendiri. Jangan harapkan lelaki sgt.

Kat bawah ni contoh rekaan yang aku nak. Tapi masih tak sama dengan yang ada dalam kepala ni lagi. Hehehe.



          
          Fesyen yang aku suka? Aku bukan dak2 fesyen doeh. Aku main bantai je apa aku rasa aku nak pakai. Kalau cakap brand yang aku suka. Haa. Banyak. Aku suka Prada, Dorothy Perkins, Victoria's Secret, Valentino, Versace, Guess, Dior, Louis Vuitton, Fendi, H&M, Uniqlo, Voir, Fabiano Ricco, Calvin Klein, Fossil, Casio dll. Hahaha. Tak payah kecam sgt la ea. Aku perempuan. So dunia aku mmg penuh dengan shopping. And one more thing, aku bukan la materialistik sgt sampai nak orang belikan aku semua tu. Kebanyakkannya aku beli dengan duit tabungan aku sendiri. 

          Dan akhir sekali, aku mintak maaf kalau ada soalan2 korang yang aku tak jawab. Soalan tu bagi aku tersangatlah sensitif, privasi dan macam terkeluar tajuk dari entri aku kali ni. So, tak perlulah aku jawab. Tak payah nak amik hati sangat. Kau baca, hadam dan lupakan je. Hahaha ^^ Entri paling panjang pernah aku buat doehhh sepanjang aku ada blog ni. Harap korang gembira dengan jawapan yang aku bagi. Kalau tak puas hati. Haaa. DM aku la. Aku jawab stret kat kau terus. Haih -,- Ok dah. Kepada orang yang menunggu post ni. Aku dah post dah. Silakan membaca ye. Senyum sikit. Selamat malam. Mimpikan aku malam ni. Mana tahu dapat berdiri sebelah korang kat atas pelamin sebagai pengapit korang kan ^^. Bye :*

           SyuQie

7 comments:

  1. rumah kayu. WOW. Teringin nak buat rumah kayu jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ow. yeke. dah buat nanti bole share2 la design :P

      Delete
    2. Iyup! but lambat lagi tuh nak buat rumah. Belajar pon tak habis lagi ada hati nak buat. Berangan jer dulu boleh lah. Haha

      Delete
    3. Ya. Kalau awak yang dah buat dulu, awak lah share design ya. Share kat blog pon takpe ;)

      Delete
    4. Hahaha. Okok. Will do. Tapi tak tahu lah berapa tahun lagi.

      Delete
  2. dorothy perkins murah

    https://carousell.com/p/61054130

    ReplyDelete