Assalamualaikum semua!! Salam PKP 4.0!!!!
Lama dah tak sentuh blog. Tahu tahu dah PKP 4.0. Last menulis sebelum Covid datang melanda 😂 Astaga ya SyuQie. Pentingkan sangat kerja sampai tak de masa dah nak menulis. Ada hikmah juga ya PKPKPKPKPKP ni. Akhirnya, saya kembali ke dunia penulisan. Ewahh! Penulisan kau. Macam ilmiah sangat je penulisan kali ni. Sementara menunggu Mr Fiance habis ulangkaji untuk exam dia, bole la kita curi-curi masa unutk menulis ni. Hehe. Btw, good luck and all the best ya Mr Fiance! Fighting!
Ok guys. Terpanjang pulak intro kali ni. Kalau tak control ni, entah apa pulak yang aku bebel lagi. Ok enough with intro. kembali kita ke tajuk entri kali ni. OH NOOOO!!! BREAKOUT??!!!
Yes. Breakout guys. Not breakup. Aku dah tak de masa nak layan breakup sendu sendu ni. Sekarang ni kita memilih untuk lebih serius dalam perhubungan. Ah. Acah!! Dah. Cukup. Banyak sangat selingan. Hari ni aku nak berkongsi pengalaman yang amat menyedihkan. Ye. Seperti yang sedang anda fikirkan. Muka aku pernah breakout. Siapa je yang suka bila muka breakout kan? Pengalaman yang penuh dugaan dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Dengan orang sekeliling lagi yang memandang seakan mahu meneropong pori-pori di muka ya. Ada juga yang berani berkata "Dulu comel, sekarang tak". Sedih. Menangis. Mental breakdown. Depressed. Semua la. Luckily aku ada my hero masatu bantu dari segi motivasi. Thanks, honey.
Alkisah, kulit aku memang sensitif. Sangat. Aku tahu kulit aku jenis macam mana dan penjagaan yang rapi itu pasti. Memang tiptop la orang kata. Sehingga suatu masa usai aku habis belajar dan start kerja (2019). Masa memula kerja tu ok lagi. Projek pun elok je. Normal. Tiba-tiba.. Aku dapat satu projek yang memerlukan aku berkampung dekat satu site yang menggunakan larutan kimia dalam pemprosesannya. Banyak kali jugak aku kene visit site tu. Ulang-alik adalah hampir sebulan. Sepanjang berada kat sana, mask R95 tu memang sentiasa kene pakai. Dengan panasnya lagi. Ditambah lagi dengan semua larutan kimia dijerang. Wap-wap kimia lagi. Pergh! Rimas. Balik je gatal-gatal satu badan. Demi sesuap nasi kan. Hadap aje la. Malas nak banyak mulut.
Habis je projek kat sana, balik office semula untuk project closing. Masa ni la aku perati je jerawat satu satu mula tumbuh. Aku watlek je sbb baru satu dua je naik. May be stress kan. Tapi ada jgk terdetik. Ni ke side effect project visit haritu. Mati aku. Dalam hati dapat dah agak. Tapi cuba la pujuk hati. Malas nak fikir byk sbb byk kerja nak disiapkan. Masa ni aku masih remain je skincare routine. Tak de ubah. Dalam masa beberapa minggu lepas tu, aku dah mula perasan dah. Makin membiak ye. Satu muka. dengan gatal-gatal lagi. Tekaan aku tepat. Ni betul side effect. Tapi masih ni aku tak panik lagi. Sebab aku faham kulit aku. Aku susun strategi nak pulihkan balik. Pergi Sephora, Body Shop, Watson, Guardian, Kiehls and etc untuk consult dgn expert. Aku tak beli apa2 lagi. Aku nak survey dulu apa yang terbaik untuk kulit aku. Dan aku sedar masa tu, kalau aku ubah skincare routine pun mesti takes time punya. Benda takkan baik immediately.
Dalam masa aku buat research semua, tanpa aku sedar. Aku jadi panik secara tiba-tiba. Know what?? Sebab orang sekeliling. Semua menegur. Semua nak tanya. Semua acah jadi caring. Bukan sehari. Bukan dua hari. Setiap hari. Aku jadi stress. Depressed. Panik. Rasa semak. Pressure. Semua la. Bila dah kacau hormon emosi ni. Kau bole agak la kan. Lagi bertambah hebat level breakout dia. Dia punya buntu tu, aku tanya sorang kenalan ni apa nak buat and dia recommend satu klinik ni. Desperate punya pasal. Petang lepas habis kerja tu jugak aku gerak terus pergi klinik. Tak dekat ea klinik tu. Lalu satu tol jugak untuk sampai. Aku dah tak nak fikir banyak dah masa ni. Masuk je tros subscribe treatment. Tak fikir savings. Tak fikir apa dah. Dan rawatan dia tak murah ye kawan-kawan. Oh yaa! Aku lupa nak share gamba condition muka.
0 comments:
Post a Comment