INTERNSHEEP

Assalamualaikum semua,

          Kehadapan readers sekalian, kehadiran saya disini ingin menulis coretan setelah sekian lama tiada coretan di blog ini. Huhu. Alright! Disebabkan ramai dah membebel, mengamuk dan memberontak duk cakap bila nak update blog ni semua kan. Haaa. Maka dengan rendah diri aku kembali disini menemui anda-anda sekalian. Happy tak happy tak? Yeayy. Aku kembali gais. You guys shud be happy tau. Bukan senang aku nak meluangkan masa bersama-sama ni tau. Sebelum terlupa. Terima kasih kepada pembaca yang singgah di blog ni. Tak sangka ada jugak yang mengintip blog ni. Terima kasih semua. Terharu kejap. 😍. Ok gais. Pekabor semua? Hope everyone doing well. Yang mana sihat tu semoga sihat sentiasa. Dan yang mana tak seberapa sihat semoga diberi kesihatan. (Awh. Baiknya aku. Hahaha). Rindunya zaman yang ada banyak masa. Sekarang ni tercari-cari masa dan masa sentiasa menghilang. 😭

          Kepada sesiapa yang bertanya kemana aku menghilang selama ni, meh aku habaq sat. Aku tak menghilang pon. ada je ni kat sini. Sejujurnya entri ni dah lama dah draft cuma hanya menunggu masa yang sesuai untuk di-post. Hehe. Mesti korang tertanya-tanya. Masa apa yang sesuai sangat tu. Hehe. Nanti la guys. Nanti akan tahu jugak jawapannya. Berteka-teki la dulu hendaknya. Haaa. Kepada kaum muslim sekalian, selamat menyambut bulan yang penuh barakah, Ramadhan. Dan kepada yang membaca sambil menunggu waktu berbuka tu, selamat berbuka. Dan kepada yang menunggu imam berdiri solat teraweh tu, selamat menunaikan ibadah teraweh. Waa. Dah panjang sangat dah ni pendahuluannya. Marilah kita berbalik pada realiti.

          Orite bro sis. Back to our topic hari ni. INTERNSHEEP. Mesti dalam kepala korang pikir aku nak share pasal web untuk cari internship placement tu kan? Hahaha. Sememangnya tidak. Topik harini lagi better dan seronok dari apa yang korang bayangkan. Cehh. Aku nak story pasal experience intern aku kat Asiaflex (TechnipFMC). TAPI! Jangan pulak ada yang datang cekik aku lepas baca entri ni sebab tak sama dengan experience dia. Tak semestinya experience intern aku dengan korang akan sama walaupun korang intern kat tempat yang sama dengan aku. Experience yang best atau tak best tu semuanya depends on macam mana kau terima benda tu dengan hati. Kalau kau jenis yang suka memberontak je for sure experience intern kau akan jadi yang tak best. Papepon, best ke tak best ke benda tu moment kau yang akan kau rindu one day. One thing yang kau kena sentiasa semat kat hati kau, Kau intern sbb nak belajar . So, tak kira lah kerja apa yang dorang bagi kat kau, terima je sebab lepas ni confirm kau takkan buat kerja tu lagi. "Enjoy every seconds of your intern life and train your mind to see the good in every situation".  Sebelum ada yang kata "kau tak de kat tempat aku bole la cakap", "there's always something good in every bad situation. Even if it may not seem like it". Ok? Got it? Tak payah hurai pon aku rasa kau dah cukup dewasa nak faham. Hehe. Cukup dah aku rasa warm up harini. Dah cukup panas nak tahu apa entri harini? Marilah kita.

          Like what i said just now, aku intern kat Asiaflex (TechnipFMC). Sapa yang tak tahu Asiaflex tu apa, TechnipFMC tu apa. TechnipFMC is one of oil & gas company dan yang selebihnya korang ada Pak Cik Google yang serba tahu. Korang pi tnya dia. Dia ada bermacam bibliografi pasal TechnipFMC. Hahaha. Macam mana aku dapat? Macam biasa la. Kene apply dulu. Baru disemak dan diterima. Kalau tak apply, kewujudan kau kat muka bumi ni pon tak dikenalpasti. Lepas dah diterima, ada interview session. Lepas berjaya interview session ni baru la korang qualified enough untuk mulakan intern.

          First day intern aku rasa seronok sebab semua staff baik gilosssss uall. Serious baik. Security baik. HR baik. Dapat pulak Supervisor yang baik. The best thing! My colleagues semua awesome gila. Tak de nye istilah buli ke senior ke junior ke. Oh lupa, kau dah selangkah masuk alam kerja kan. Takkan bawak perangai senior junior pulak. Macam budak budak. Dorang sangat sempoi and I miss them ady .😢 Nak tahu sapa mereka? Jeng jeng jeng. Mereka lah seperti gambar di bawah.


          Nak tahu mana aku? Aku mestila yang paling comeelll. Hahaha. Tak de la guys. Aku tu haa ade terselit kat situ. Dia kalau orang pandang dgn hati baru bole nampak. Ehh ehh. Hahaha. Pepandai la cari. Malas nak tunjuk. nanti kau mandrem. Kenapa memasing kat belakang tu terbongkok bongkok macam amik gambar lepas main bola sepak? Haha. Jangan la tanya aku. Aku bukannya tahu dorang bergambo bergitu. Dapat je gamba mmg dah tersedia membongkok memasing. Whatever it is, saya happy dapat berkenalan dengan mereka. Disebabkan mereka lah hari-hari intern saya seceria kanak-kanak di tadika. Hahaha. 

          Kerja apa aku buat masa intern? Tak usah la tanya. Mestilah kerja yang berkaitan dengan kerja. Kan? Macam tak menjawab soalan kan. Memang. Sengaja. Kerja yang... Entah la. Kalau aku huraikan mestilah korang tak faham. So pepaham je la sendiri. Cukup la kerja yang sekadar bersesuaian dengan status student waktu itu. And mostly kerja kami ni based on projek. So marilah kita lanje satu gamba dulu. Hehe. 


          Actually, aku pon bukannya sedar pon project ni wujud. Dah dorang invite untuk amik gamba sebelum pipe ship to offshore. So aku pon join je la tunjuk muka walaupun tak tahu ada ke tak contribution tu. Hahaha. Haaa. Mesti korang tertanya-tanya. Kenapa nampak macam makin membuntal je tu. Ye para pembaca sekalian. Satu fakta menarik untuk dikongsi bersama sama ialah berat badan saya naik dari 49kg ke 60 kg sekelip mata. Mungkin sebab sepanjang intern dapat makan free je kan. Hmm. Sedih saya. Tapi rezeki jangan ditolak. Hehe. Aku boleh cakap masa aku intern ni agak lucky jugak la. Bermacam macam barang aku dapat and bermacam macam event aku join. Rasa seronok la. Walaupun with the title of intern, I still gt the benefit. Harus la bahagia gitu. Nak tahu ke event apa? Seriously? Sibuk je korang ni kan. Ada je nak pancing aku untuk panjnagkan entri. Ayoo. 

HSE Day

Quality Day

Department Outing

          Mesti bagi korang bukannya banyak mana pon. Tapi bagi aku banyak la ni sebab aku intern pon 8 bulan je. Bukan 2 tahun. Hahaha. Tapi paling aku suka time department outing sebab masa tu la aku bole bergila sebentar bersama mereka mereka. Setelah 8 bulan melabuhkan tirai. Dah tiba lah masa nak angkat kaki balik ke utp. Walaupun pada mulanya agak berat dan sedih. Tapikan apakan daya, perjalanan harus diteruskan. Jadi, inilah gambar terakhir bersama-sama mereka. 


          Mesti ada yang tertanya-tanya, post benda ni je? Apa kaitan kene post at the right timing? Apa ni sebenarnya? Muslihat apekah? Hahaha. Sabar la. Asyik nak jump to conclusion tros tak bole la guys. Ikot kronologi. Sebenarnya draft ini ditulis dari final year adalah untuk meluahkan rasa rindu terhadap mereka sebab aku tak de lagi bersama-sama mereka kat situ. Dan draft ini juga dibuat untuk meluah rasa terima kasih kerana membahagiakan hari-hari intern aku disana. Aku seronok cerita about my days with them kat member yang lain cuz I have been treated well sangat. Tapi bulan lepas which is April, I gt an offer from TechnipFMC to join them and draft ini daripada ditulis dengan nada yang sedih dan sendu terus bertambah tambah seri. Terus ada bersemangat nak sambung entri dan siapkan jugak walaupun tercari-cari masa nak melengkapkan entri kali ini.

          Yes. Im working right now guys. Hehe. Cepatkan masa berlalu. Daripada u guys baca my entri dari zaman belajar, sampai ke zaman intern, and now dah bekerja dah. I really appreciate u guys punya effort untuk baca setiap luahan hati dan perasaan kat blog ni walaupun ada yang tak kenal pun siapa aku. U guys la sebernanya kawan yang sentiasa setia dengan aku. Some of u guys tahu sangat perangai aku yang mmg susah untuk cerita kat orang, and u guys take the effort untuk baca everything and somes of you ada yang call or whatsapp tanya whether im ok or not just based on the entri that I wrote. You guys are so sweet. Therefore, this entry is telling u bout the good news that I wanna share with u guys. 

          Kepada yang tengah ber-intern tu aku ucapkan selmat ber-intern. Kepada yang tengah mencari kerja tu aku harap korang dapat kerja cecepat. Yeah I know how it feel to see everybody get job dy. Dan kepada yang sudah berkeja tu aku harap semoga kalian dimurahkan rezeki. Jangan selalu sangat mengeluh. Ingat balik ayat kat atas tu. See everything in a good way ok. Even benda tu nampak negative, push yourself to think it positively. And kalau ada diantara korang yang terasa dihina atau direndah-rendahkan. Dun you ever giving up. Straight up and keep moving forward cuz u gt a lot of motherfuckers to prove that they are wrong. Dun let people bring you down. Aim your goals properly and shows to them that you are strong. And sometimes when u found that u failed to reach the goals, dun u ever change the goals. Change the strategy to reach the goals. Got it? There is no impossible cuz the word itself says i'm possible. Entri kalini sudah sampai ke penghujung. Si penulis hendak melabuhkan tirai matanya sebab esok kerja. With this, thank you.

SyuQie


0 comments:

Post a Comment