OH NOOOO!!! BREAKOUT??!!!

 Assalamualaikum semua!! Salam PKP 4.0!!!!

Lama dah tak sentuh blog. Tahu tahu dah PKP 4.0. Last menulis sebelum Covid datang melanda 😂 Astaga ya SyuQie. Pentingkan sangat kerja sampai tak de masa dah nak menulis. Ada hikmah juga ya PKPKPKPKPKP ni. Akhirnya, saya kembali ke dunia penulisan. Ewahh! Penulisan kau. Macam ilmiah sangat je penulisan kali ni. Sementara menunggu Mr Fiance habis ulangkaji untuk exam dia, bole la kita curi-curi masa unutk menulis ni. Hehe. Btw, good luck and all the best ya Mr Fiance! Fighting!

Ok guys. Terpanjang pulak intro kali ni. Kalau tak control ni, entah apa pulak yang aku bebel lagi. Ok enough with intro. kembali kita ke tajuk entri kali ni. OH NOOOO!!! BREAKOUT??!!!

Yes. Breakout guys. Not breakup. Aku dah tak de masa nak layan breakup sendu sendu ni. Sekarang ni kita memilih untuk lebih serius dalam perhubungan. Ah. Acah!! Dah. Cukup. Banyak sangat selingan. Hari ni aku nak berkongsi pengalaman yang amat menyedihkan. Ye. Seperti yang sedang anda fikirkan. Muka aku pernah breakout. Siapa je yang suka bila muka breakout kan? Pengalaman yang penuh dugaan dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Dengan orang sekeliling lagi yang memandang seakan mahu meneropong pori-pori di muka ya. Ada juga yang berani berkata "Dulu comel, sekarang tak". Sedih. Menangis. Mental breakdown. Depressed. Semua la. Luckily aku ada my hero masatu bantu dari segi motivasi. Thanks, honey.

Alkisah, kulit aku memang sensitif. Sangat. Aku tahu kulit aku jenis macam mana dan penjagaan yang rapi itu pasti. Memang tiptop la orang kata. Sehingga suatu masa usai aku habis belajar dan start kerja (2019). Masa memula kerja tu ok lagi. Projek pun elok je. Normal. Tiba-tiba.. Aku dapat satu projek yang memerlukan aku berkampung dekat satu site yang menggunakan larutan kimia dalam pemprosesannya. Banyak kali jugak aku kene visit site tu. Ulang-alik adalah hampir sebulan. Sepanjang berada kat sana, mask R95 tu memang sentiasa kene pakai. Dengan panasnya lagi. Ditambah lagi dengan semua larutan kimia dijerang. Wap-wap kimia lagi. Pergh! Rimas. Balik je gatal-gatal satu badan. Demi sesuap nasi kan. Hadap aje la. Malas nak banyak mulut. 

Habis je projek kat sana, balik office semula untuk project closing. Masa ni la aku perati je jerawat satu satu mula tumbuh. Aku watlek je sbb baru satu dua je naik. May be stress kan. Tapi ada jgk terdetik. Ni ke side effect project visit haritu. Mati aku. Dalam hati dapat dah agak. Tapi cuba la pujuk hati. Malas nak fikir byk sbb byk kerja nak disiapkan. Masa ni aku masih remain je skincare routine. Tak de ubah. Dalam masa beberapa minggu lepas tu, aku dah mula perasan dah. Makin membiak ye. Satu muka. dengan gatal-gatal lagi. Tekaan aku tepat. Ni betul side effect. Tapi masih ni aku tak panik lagi. Sebab aku faham kulit aku. Aku susun strategi nak pulihkan balik. Pergi Sephora, Body Shop, Watson, Guardian, Kiehls and etc untuk consult dgn expert. Aku tak beli apa2 lagi. Aku nak survey dulu apa yang terbaik untuk kulit aku. Dan aku sedar masa tu, kalau aku ubah skincare routine pun mesti takes time punya. Benda takkan baik immediately.

Dalam masa aku buat research semua, tanpa aku sedar. Aku jadi panik secara tiba-tiba. Know what?? Sebab orang sekeliling. Semua menegur. Semua nak tanya. Semua acah jadi caring. Bukan sehari. Bukan dua hari. Setiap hari. Aku jadi stress. Depressed. Panik. Rasa semak. Pressure. Semua la. Bila dah kacau hormon emosi ni. Kau bole agak la kan. Lagi bertambah hebat level breakout dia. Dia punya buntu tu, aku tanya sorang kenalan ni apa nak buat and dia recommend satu klinik ni. Desperate punya pasal. Petang lepas habis kerja tu jugak aku gerak terus pergi klinik. Tak dekat ea klinik tu. Lalu satu tol jugak untuk sampai. Aku dah tak nak fikir banyak dah masa ni. Masuk je tros subscribe treatment. Tak fikir savings. Tak fikir apa dah. Dan rawatan dia tak murah ye kawan-kawan. Oh yaa! Aku lupa nak share gamba condition muka.

Sebelum rawatan di klinik (Side effect site visit)

Kalau diikutkan hati, tak nak dah aku tengok gamba-gamba ni. Takut. Fobia. Lepas rawatan kat klinik tu, keadaan pulih sikit tapi fizikal muka jadi teruk. Terkopek kopek effect dari chemical peeling. Doktor ada jugak bagitahu jangan pakai apa kat muka dalam masa rawatan. Tapi apakan daya, bila dah semua bertanya, aku terpaksa guna mask utk tutup. Mungkin sbb tu la susah nak pulih. Ditambah lagi dgn hormon tak stabil disebabkan orang sekeliling lagi. Haih.

Selepas rawatan di klinik

Habis je rawatan tu, aku tak renew pun. Sebab kulit aku bertambah teruk. Dengan terkopek dan rasa panas. Aku berhenti tros. Tak lama lepas tu, Covid datang melanda dan PKP 1.0 (2020) bermula. Ya Rabb. Bersyukurnya aku masa ni sebab tak perlu lagi hadap orang-orang. Tak perlu dah nak tutup-tutup muka dari orang. PKP 1.0 tu ada lah dalam 4 bulan lebih. Ya. Sempat healing weyh muka time tu walaupun tak 100% healing. Aku tetap bersyukur. No gatal-gatal dah. 

Selepas PKP 1.0 dan WFH (2020)

Aku bersyukur sangat ada jugak perubahan. Habis je PKP 1.0. Kene masuk dah office macam biasa. Time ni aku tenang lagi dan berharap perkara tak berulang. Malangnya, aku dapat project yang berkaitan welding pulak kali ni. Aku mengharapkan ok aje. Tapi tidak. Dengan asap welding, keadaan panas. Ye la. sapa je welding bukak kipas? Berpeluh. Dan time ni Covid pulak. Kene pakai mask. Lepas habis je project. Bom! Breakout yang baru nak pulih tu jadi balik weyh. ya Allah. Dugaan apa ni.

Side effect dari second visit

Masa ni self-confidence aku pupus terus. Tak lama aku merintih. Wujud pulak PKP 2.0 (2020). Masa ni aku dah mula lega. Sebab aku bole fight balik acne aku dalam keadaan tanpa emotional attack. Aku research satu-satu. Aku buat slow and steady. No rush. Akhirnya. Aku jumpa product yang sesuai dgn kulit aku walaupon ada yang kata product ni harsh untuk kulit sbb chemical content yang tinggi. But kisah apa aku. Aku dah research dah. Aku guna that serum for few months jugak (tak ingat dah berapa bulan) sampai la PKP 3.0 (2021) start. Bila nampak perubahan yang acne tu under control. Aku tambah exfoliate untuk membantu scar pulak. Alhamdulillah. Acne tu bersih sepenuhnya cuma scar je yang tinggal.

Current skin condition. No bumpy. Hanya scar

Jujur weyh cakap. Kulit sensitif memang susah nak jaga. Bersyukur la kalau kulit anda tahan lasak. Perjalanan yang menyedihkan dari 2019-2021 pun masih belum berakhir lagi. Untuk hilangkan parut tak semudah yang disangka ya. Ada yang bagitahu, kerja aku sekarang tak sesuai untuk aku. Ya. Aku sedar. Tapi tak semudah tu nak bertukar ke company lain dgn pandemic ni lagi. Tak mudah ya. Aku masih cuba untuk bertahan. Siapa je yang sanggup nak tanggung benda ni? Bukan sebab salah sendiri. Sebab kerja lah aku kene tanggung effect ni dalam kehidupan seharian. Kehidupan seharian ye. Diluar waktu kerja pon aku kene hadap. Emotionally broken. Sumpah! Tak de siapa kesah pon kat emotion aku. Nobody. Semua attack tak fikir nilai kemanusiaan.

Sebelum aku tamatkan entri kali ni, aku tahu pasti ada lagi kat luar sana yang lagi lama tempoh perjuangannya berbanding dgn aku. Bagi aku 3 tahun yang aku lalui tanpa ada yang kesah tu pun dah pahit dah. Pedih. Bagi yang masih dalam perjuangan sama mcm aku ni, harap kita boleh bertabah untuk tempuhi hari-hari yang mendatang. Untuk yang dah menghakhiri perjuangan ni, tahniah buat anda. Sesungguhnya anda seorang yang tabah.

Ok. Sebelum mata pena minitipkan tintanya yang terakhir buat kali ini... Pergh! Lama dah tak guna ayat ni. Nak jugak bagi reminder kat semua untuk sentiasa jaga SOP dan duduk la dirumah jika tiada keperluan untuk keluar. PKP 4.0 dah nak start dah 1 Jun ni. Elok la kita sahut seruan kerajaan secara positif ya. Memang pahit tapi pasti ada sinar dia hujung jalan kelak. Ok. Sampai disini saja entri kali ni. Semoga kita bertemu kembali di lain entri. Daa.... 

SyuQie









INTERNSHEEP

Assalamualaikum semua,

          Kehadapan readers sekalian, kehadiran saya disini ingin menulis coretan setelah sekian lama tiada coretan di blog ini. Huhu. Alright! Disebabkan ramai dah membebel, mengamuk dan memberontak duk cakap bila nak update blog ni semua kan. Haaa. Maka dengan rendah diri aku kembali disini menemui anda-anda sekalian. Happy tak happy tak? Yeayy. Aku kembali gais. You guys shud be happy tau. Bukan senang aku nak meluangkan masa bersama-sama ni tau. Sebelum terlupa. Terima kasih kepada pembaca yang singgah di blog ni. Tak sangka ada jugak yang mengintip blog ni. Terima kasih semua. Terharu kejap. 😍. Ok gais. Pekabor semua? Hope everyone doing well. Yang mana sihat tu semoga sihat sentiasa. Dan yang mana tak seberapa sihat semoga diberi kesihatan. (Awh. Baiknya aku. Hahaha). Rindunya zaman yang ada banyak masa. Sekarang ni tercari-cari masa dan masa sentiasa menghilang. 😭

          Kepada sesiapa yang bertanya kemana aku menghilang selama ni, meh aku habaq sat. Aku tak menghilang pon. ada je ni kat sini. Sejujurnya entri ni dah lama dah draft cuma hanya menunggu masa yang sesuai untuk di-post. Hehe. Mesti korang tertanya-tanya. Masa apa yang sesuai sangat tu. Hehe. Nanti la guys. Nanti akan tahu jugak jawapannya. Berteka-teki la dulu hendaknya. Haaa. Kepada kaum muslim sekalian, selamat menyambut bulan yang penuh barakah, Ramadhan. Dan kepada yang membaca sambil menunggu waktu berbuka tu, selamat berbuka. Dan kepada yang menunggu imam berdiri solat teraweh tu, selamat menunaikan ibadah teraweh. Waa. Dah panjang sangat dah ni pendahuluannya. Marilah kita berbalik pada realiti.

          Orite bro sis. Back to our topic hari ni. INTERNSHEEP. Mesti dalam kepala korang pikir aku nak share pasal web untuk cari internship placement tu kan? Hahaha. Sememangnya tidak. Topik harini lagi better dan seronok dari apa yang korang bayangkan. Cehh. Aku nak story pasal experience intern aku kat Asiaflex (TechnipFMC). TAPI! Jangan pulak ada yang datang cekik aku lepas baca entri ni sebab tak sama dengan experience dia. Tak semestinya experience intern aku dengan korang akan sama walaupun korang intern kat tempat yang sama dengan aku. Experience yang best atau tak best tu semuanya depends on macam mana kau terima benda tu dengan hati. Kalau kau jenis yang suka memberontak je for sure experience intern kau akan jadi yang tak best. Papepon, best ke tak best ke benda tu moment kau yang akan kau rindu one day. One thing yang kau kena sentiasa semat kat hati kau, Kau intern sbb nak belajar . So, tak kira lah kerja apa yang dorang bagi kat kau, terima je sebab lepas ni confirm kau takkan buat kerja tu lagi. "Enjoy every seconds of your intern life and train your mind to see the good in every situation".  Sebelum ada yang kata "kau tak de kat tempat aku bole la cakap", "there's always something good in every bad situation. Even if it may not seem like it". Ok? Got it? Tak payah hurai pon aku rasa kau dah cukup dewasa nak faham. Hehe. Cukup dah aku rasa warm up harini. Dah cukup panas nak tahu apa entri harini? Marilah kita.

          Like what i said just now, aku intern kat Asiaflex (TechnipFMC). Sapa yang tak tahu Asiaflex tu apa, TechnipFMC tu apa. TechnipFMC is one of oil & gas company dan yang selebihnya korang ada Pak Cik Google yang serba tahu. Korang pi tnya dia. Dia ada bermacam bibliografi pasal TechnipFMC. Hahaha. Macam mana aku dapat? Macam biasa la. Kene apply dulu. Baru disemak dan diterima. Kalau tak apply, kewujudan kau kat muka bumi ni pon tak dikenalpasti. Lepas dah diterima, ada interview session. Lepas berjaya interview session ni baru la korang qualified enough untuk mulakan intern.

          First day intern aku rasa seronok sebab semua staff baik gilosssss uall. Serious baik. Security baik. HR baik. Dapat pulak Supervisor yang baik. The best thing! My colleagues semua awesome gila. Tak de nye istilah buli ke senior ke junior ke. Oh lupa, kau dah selangkah masuk alam kerja kan. Takkan bawak perangai senior junior pulak. Macam budak budak. Dorang sangat sempoi and I miss them ady .😢 Nak tahu sapa mereka? Jeng jeng jeng. Mereka lah seperti gambar di bawah.


          Nak tahu mana aku? Aku mestila yang paling comeelll. Hahaha. Tak de la guys. Aku tu haa ade terselit kat situ. Dia kalau orang pandang dgn hati baru bole nampak. Ehh ehh. Hahaha. Pepandai la cari. Malas nak tunjuk. nanti kau mandrem. Kenapa memasing kat belakang tu terbongkok bongkok macam amik gambar lepas main bola sepak? Haha. Jangan la tanya aku. Aku bukannya tahu dorang bergambo bergitu. Dapat je gamba mmg dah tersedia membongkok memasing. Whatever it is, saya happy dapat berkenalan dengan mereka. Disebabkan mereka lah hari-hari intern saya seceria kanak-kanak di tadika. Hahaha. 

          Kerja apa aku buat masa intern? Tak usah la tanya. Mestilah kerja yang berkaitan dengan kerja. Kan? Macam tak menjawab soalan kan. Memang. Sengaja. Kerja yang... Entah la. Kalau aku huraikan mestilah korang tak faham. So pepaham je la sendiri. Cukup la kerja yang sekadar bersesuaian dengan status student waktu itu. And mostly kerja kami ni based on projek. So marilah kita lanje satu gamba dulu. Hehe. 


          Actually, aku pon bukannya sedar pon project ni wujud. Dah dorang invite untuk amik gamba sebelum pipe ship to offshore. So aku pon join je la tunjuk muka walaupun tak tahu ada ke tak contribution tu. Hahaha. Haaa. Mesti korang tertanya-tanya. Kenapa nampak macam makin membuntal je tu. Ye para pembaca sekalian. Satu fakta menarik untuk dikongsi bersama sama ialah berat badan saya naik dari 49kg ke 60 kg sekelip mata. Mungkin sebab sepanjang intern dapat makan free je kan. Hmm. Sedih saya. Tapi rezeki jangan ditolak. Hehe. Aku boleh cakap masa aku intern ni agak lucky jugak la. Bermacam macam barang aku dapat and bermacam macam event aku join. Rasa seronok la. Walaupun with the title of intern, I still gt the benefit. Harus la bahagia gitu. Nak tahu ke event apa? Seriously? Sibuk je korang ni kan. Ada je nak pancing aku untuk panjnagkan entri. Ayoo. 

HSE Day

Quality Day

Department Outing

          Mesti bagi korang bukannya banyak mana pon. Tapi bagi aku banyak la ni sebab aku intern pon 8 bulan je. Bukan 2 tahun. Hahaha. Tapi paling aku suka time department outing sebab masa tu la aku bole bergila sebentar bersama mereka mereka. Setelah 8 bulan melabuhkan tirai. Dah tiba lah masa nak angkat kaki balik ke utp. Walaupun pada mulanya agak berat dan sedih. Tapikan apakan daya, perjalanan harus diteruskan. Jadi, inilah gambar terakhir bersama-sama mereka. 


          Mesti ada yang tertanya-tanya, post benda ni je? Apa kaitan kene post at the right timing? Apa ni sebenarnya? Muslihat apekah? Hahaha. Sabar la. Asyik nak jump to conclusion tros tak bole la guys. Ikot kronologi. Sebenarnya draft ini ditulis dari final year adalah untuk meluahkan rasa rindu terhadap mereka sebab aku tak de lagi bersama-sama mereka kat situ. Dan draft ini juga dibuat untuk meluah rasa terima kasih kerana membahagiakan hari-hari intern aku disana. Aku seronok cerita about my days with them kat member yang lain cuz I have been treated well sangat. Tapi bulan lepas which is April, I gt an offer from TechnipFMC to join them and draft ini daripada ditulis dengan nada yang sedih dan sendu terus bertambah tambah seri. Terus ada bersemangat nak sambung entri dan siapkan jugak walaupun tercari-cari masa nak melengkapkan entri kali ini.

          Yes. Im working right now guys. Hehe. Cepatkan masa berlalu. Daripada u guys baca my entri dari zaman belajar, sampai ke zaman intern, and now dah bekerja dah. I really appreciate u guys punya effort untuk baca setiap luahan hati dan perasaan kat blog ni walaupun ada yang tak kenal pun siapa aku. U guys la sebernanya kawan yang sentiasa setia dengan aku. Some of u guys tahu sangat perangai aku yang mmg susah untuk cerita kat orang, and u guys take the effort untuk baca everything and somes of you ada yang call or whatsapp tanya whether im ok or not just based on the entri that I wrote. You guys are so sweet. Therefore, this entry is telling u bout the good news that I wanna share with u guys. 

          Kepada yang tengah ber-intern tu aku ucapkan selmat ber-intern. Kepada yang tengah mencari kerja tu aku harap korang dapat kerja cecepat. Yeah I know how it feel to see everybody get job dy. Dan kepada yang sudah berkeja tu aku harap semoga kalian dimurahkan rezeki. Jangan selalu sangat mengeluh. Ingat balik ayat kat atas tu. See everything in a good way ok. Even benda tu nampak negative, push yourself to think it positively. And kalau ada diantara korang yang terasa dihina atau direndah-rendahkan. Dun you ever giving up. Straight up and keep moving forward cuz u gt a lot of motherfuckers to prove that they are wrong. Dun let people bring you down. Aim your goals properly and shows to them that you are strong. And sometimes when u found that u failed to reach the goals, dun u ever change the goals. Change the strategy to reach the goals. Got it? There is no impossible cuz the word itself says i'm possible. Entri kalini sudah sampai ke penghujung. Si penulis hendak melabuhkan tirai matanya sebab esok kerja. With this, thank you.

SyuQie


Malaysia Book of Record

Assalamualaikum pembaca setia sekalian!!

          Lama dah weh tak menulis ni. Rindunyaaaaa. Biasa la tengah internship sekarang ni. Tu yang busy. Alang-alang baru lepas habis SIT Presentation ni bole la berblog duluan. Hahah. Nak tahu intern kat mana? Macam mana intern? Haa. Tunggu next entry ye. Hehe.

          First of all, nak minta maaf dulu la dah lama tak menulis. Mesti rindu arn? Awhh. Rindu saya. Hehe. Bukan sengaja weh tak nak tulis tapi banyak sangat musibah yang datang. Musibah yang datang bagai sudah jatuh ditimpa tangga. Rasanya tak payah la cerita kat sini. Nanti lagi panjang leternya. Minta maaf kepada yang ternanti nanti menantikan entri yang seterusnya. Harap dimaafkan.

          Yeah guys. Excited tak nak tahu apa tajuk leteran kita harini? Laa. Tak tahu lagi ke? Tengok la kat atas tu. Kan ada title. Duhh. Cergaskan sikit otak tu. Hahaha. Harini kita cerita pasal topik yang best. Sebelum 2017 ni habis, aku nak jugak share award yang paling berharga bagi aku tahun ni. Nak jugak berterima kasih kat teamate aku semua tu. Tanpa dorang aku tak boleh dapat weh award tu. Mesti kene ada dorang. So...

Tadaa....

          Mestilah aku tunjuk sapa dorang ni. Sebab aku berbangga ada dorang ni semua. Tak de dorang. Tak de la award ni. Ni one of the group dalam team yang besar tu. Dalam team besar tu ada 4 group kecil consist of Civil, Mechanical, Chemical and ICT. Tapi aku masuk Civil Group. Jangan tanya kenapa. Sebab memang dah dijodohkan dengan group ni. Hehe. Nak aku kenalkan nama dorang ke? Tak mau la. Kalau nak berkenalan dm aku. Mana tahu jumpa jodoh kan. Dah jadi agensi cari jodoh pulak. Tak nak bebel bebanyak. Meh aku kenalkan dengan big family untuk team ni. Nak tgok group besar kan? Meyh!

Tadaa..

          Ini big family kami. Tapi banyak lagi sebenarnya kat belakang tu yang tak termasuk dalam gambar. Sebab ramai sangat kan. Memang ramai gila. Nak aku kenalkan sorang sorang ke? Tak payah la. Ramai sangat. Kang tak habis entri aku hari ini. Lagipun ni entri aku. So korang kena kenal aku je. Nampak tak yang comel comel tu? Haa. Yang tu aku. Hehehe 

          Dah tunjuk muka semua. Mesti korang nak tengok apa yang bebudak atas tu buat kan sampai bangga betul nak share dengan orang lain. Meyh sis payung gambar ..

Contraption Machine !! (Dari belakang)

          Inilah projek kami yang dapat award Malaysia Book of Record. "The Longest Great Ball Contraption Machine". Kepada sesiapa yang tak tahu apa itu contraption machine, bole la pi tengok video kami kat penghujung entri nanti. Awal awal ni kita buat tayangan perdana dulu. Movie akhir akhir nanti. Baru hebat promosi. Hahaha.

(Dari pintu masuk)

          Mesti korang tertanya tanya, apa 4 group tu buat kan? Mesti nak tengok dekat lagi kan? Hehehe. Aku tahu apa yang korang mahukan. Nampak tak berjiwa pembaca tu. Bole la undi saya. (Tetiba). Ok. Tak nak bebel lagi. Jom.

Chemical Group

          Ini group pertama a.k.a. as starting point la. Dalam Chemical Group ni semua yang apply dalam contraption machine ni semua chemical engineering punya knowledge. The best part siap ada bakar bakar lagi. Haha. Nak tahu pulak apa engineering law dia guna? Bole la pi tanya dak dak chemy yang buat tu. Tak nak cerita panjang. Kita proceed with the second group. 

Mechanical Group

          Ini group kedua punya contraption machine. Fyi, contraption machine setiap group ni akan  digabungkan supaya perjalanan dia tu takkan berhenti sampai ke penghujung. Sama macam group first, group ni pun akan apply mechanical engineering  laws. Apa yang dorang guna bole la pi tanya budak yang buat tu. Walaupun aku mechy, still tak bole sampai tahap pemikiran dorang. Dorang ni hebat. Serious. Hehe

ICT Group

          Group ketiga. First and second group tu bole la tengok macam mana benda tu jatuh and so on. Tapi group tak nampak pon benda jatuh ke apa, nampak bergerak je. Hahah. Group ni teror gila programming doeh.  Serious. Powerr!  Macam biasa. Dorang akan apply ICT laws dalam contraption machine ni. Superb!

Civil Group
          Yeayy. Last group. Ni la group aku. Nampak ke-civil-an tu. Pakai batu bata tau. Tak memain doeh. Siap akan jambatan hujung tu. Nak tgok jambatan? Jap.

Jambatan Ilmu XD
       
          Haa. ni group kitorng. Unik kan? Hehehe. Setiap part dah diassign dua orang utk buat. Nak tgok part aku? Ehh! Kenapa tak cerita pasal part orang lain? Ahh. Lupa ke? Ni blog aku kenelah cerita pasal aku. Hahah. Tak de lah. Sebab aku tak expert sangat part orang lain. Sebab tu aku cerita part aku je. Jangan salah faham. Zaman sekarang ni semua benda kene explain. Kalau tak ada je yang nak ter-salahfaham la apala. Susah sekarang ni. Tak nak bebel. Meyh tgok part aku.

Primavera Fountain

          PIC ada dua. Tapi sorang je bergambo? Kenapa? Sebab blog aku. Hahaha. Tengok. Salah faham lagi. Sebab lagi sorang tu dah amik gambar aku. Jadilah sorang. Kenapa tak mintak orang ambilkan gambar? Ahh. Banyak bunyi la korang ni. Baca sudah. Mek yang aku kenal ni bukan dari Kelantan, tapi dari Nogori. Mek ada dimana-mana. Haa. Tak de kaitan. Saja nak bahan dia. Nanti dia baca jugak entri ni. Bole la berbangga nama dia disebut sebut. Hahaha. 

          The end. Entri kali ni agak serious. Tak macam entri lepas. banyak membebel sebab entri kali nni rasa macam berilmiah sikit dan melibatkan banyak orang. Kalau main main nanti orang tak suka kan. Nak baca bebelan aku lagi tunggu next entri. Hahaha.

          Macam buat report arn, mesti ada appendices hujung tu. Ni appendices dia la ni. Meyh sis nak payung gambar masa projek ni berlangsung dan video yang dijanjikan tadi. Awal awal tadi tak bole tunjuk video best, nanti koranag tak nak baca bebelan aku. Hahah. Letak hujung ni baru korang baca. Mungkin lah. 

Muka luaran je happy masa ni. Dalam hati cuak dia nauzubillah

Posing sikit buat kenangan

Sijil Malaysia Book of Record

Ni muka happy lepas Appreciation Day

Video Contraption Machine UTP

          Sebelum habis entry ni, nak jugak la aku payung gambar award-award lepas. Agak2 bole tak? Hahaha. Lari dah dari tajuk. Sibuk je nak tayang award lain. Aku ni memang. Kalau dah start bebel. Gini la gayanya. So, stop aku dari membebel please. Hahaha. Aku nak cerita award ni pun sebab rasa bangga dengan kawan kawan aku semua tu. Tak de dorang tak merasa dapat sijil tu. Ok la. Appendices pon dah habis. Sepatutnya conclusion sebelum appendices. Tersalah format dah. Jumpa next entry ye rakan rakan. Next entry agak agak nak cerita pasal apa ea? Internship? Nak tahu tajuk apa lepas ni. Selalu selalu mai blog kita. Huhu. Selamat malam semua. Mimpi indah. Dari tadi nak stop tulis tapi tak stop jugak. Hhaha. K. Kalini stop betul. Bye awak. Assalamualaikum. :)
        
SyuQie

What's Next ??

Assalamualaikum guys !!!

          Long time no write XD hahaha. To be correct "Long time no bebel". Yeahh ! Pekabor semua? Lama dah x tulis kat sini. Biasa lah dunia sang pemburu ilmu. Sentiasa ada je halangan yang datang untuk ditempuhi dan ditewaskan. Acah! Ayat dia. Alaaa. Korang ni. Bagi la aku mejiwai ayat tu. Duhh. K fine. Staright to the point. Busy la dengan assignments, test, quiz, lab report, etp project and so on. Halangan la tu. Halangan yang membuatkan jatuh dan bangkit semula dengan harapan untuk menebus kejatuhan. Haa. Kan. Dari mana tah datang bisikan ayat serupa tu pon tak tahu la.

          Bebel sungguh aku ni. Well. Aku mmg begini. Ramadhan Kareem guys. Haa. Nampak. Benda yang patut di-wish awal pun wish tengah-tengah. Selamat berpuasa kepada semua umat manusia dan selamat berbuka jugaklah kepada sesiapa yang duk baca entry ni masa nk tunggu azan berkumandang. Hahaha. Topic kita hari ni apa guys?? (nada macam cikgu-cikgu ngajor kat tadika) Jerit sikit nama titile entry ni ^^. Ok. Aku je eksaited.

          What's Next?? Haaa. Apa yang next? Crush? Study? Boypreng? etc.. Macam-macam kan korang pikir. Cepat pikir bole dapat duit raya nanti. Cepat guys cepat. Ok. Tettttt. Masa dah tamat. Jimat duit aku tak yang bagi kat korang sebab tak de sapa yang jawab. Huhu. Actually, nak mencari idea untuk next interface blog aku ni. Adalah seorang makhluk ni duk sibuk sruh aku buat kronologi interface blog aku. Lama dah dia request tapi masanya aja tak mengizinkan. Sekarang ni baru nak buat sebab tengah mencari idea for the next interface. Haih. Orang yang duk request sruh tuka interface ni pon satu. Kau hingat senang nak edit HTML tu? Satu hari aku ngadap benda ni. Tapi tak pe. Untuk pembaca yang disayangi sekalian, akan aku gagahkan jua untuk improve interface blog ni. Untuk keselesaan mata-mata pembaca aku yang setia :*:*:* (muah ciked). Tak nak buang masa, bole proceed dengan bebelan kat bawah.

Kronologinya seperti dibawah:

Tahun 2014

Interface blog 2014

          Actually aku dah buat blog dari aku Form 1 lagi. Tapi masa tu blog tak combine dengan Google lagi. Dan dan aku lupa password. Pastu terus tak berblog. Bila dah bosan tak berblog aku business kecil-kecilan sampai Form 5. Tapi masa Form 5 tu ibu sruh stop and fokus kat study. So yeah. Dengar je lah ibu cakap kan. Then bila masuk UTP, bosan pi la buat blog balik. Masa ni blog dah combine dengan Google so senang. Tak perlu lagi ingat password. Begitu la cerita penubuhan blog ni. Mesti ramai dah ngantuk kan? Sebab macam baca buku sejarah. Hahaha.

          Begitu la interface blog masa awal tahun 2014. Amik template yang blog ada. Newbie lagi kan. Masa ni views pon tak banyak. Cerita merepek je lebih. Then, ada lah orang request untuk buat interface selain dari blogpunya template.Masa ni baru berjinak jinak untuk ubah semua. Amik masa juga untuk cari idea. Research semua. Its not an easy work. Bila tengok blog orang cantk-cantik rasa insecure. Hahaha. Semua nak insecure.

Tahun 2015

Interface blog 2015

          Bila dah dapat idea, tahun 2015 tuka lah interface baru. Yang atas ni bukan interface betul aku. Ala-ala sebab aku tak jumpa dah interface blog aku. Dah 2 hari mencari tak jumpa. So pakai yang ala-ala je lah. Asal ada la rupa untuk korang bayangkan.

          Masa ni la first time berjinak dengan HTML. Baru tahu HTML tu apa. Mula lah berlajar untuk edit HTML yang ada. Tapi jangan salah sangka. HTML untuk blog-blog ni semua dah provided cuma kita yang edit dia untuk nampak lagi cantik. Kau gila nak suruh aku buat HTML ni dari first? Hahaha. Tak sehebat tu lagi. Tapi tengah usahakan. Just wait and see. One day insyaAllah.

          Dan dan bila dah cantik nimakin ramai pulak views. Makin ramai yang follow blog. Makin rancak pulak bebelan aku. Sebab ada yang request "Teruskan bebelan macam tu untuk next entry. Suka baca". Haa. Nasib baik kau baca. Kalau dengar memang kau menyesal minta. Hahaha. Nak dijadikan cerita views pon dah hampir mencecah 1k. Alaaa 1k baru. Orang lain dah ber k-k pon bole lek chill je.

          Aku pon chill gak tapi bila dapat request dari member yang supportive gila duk cakap "Views dah nak 1k, x nk tuka interface lagi?". Aku pon terfikir la untuk celebrate my readers yang selalu baca blog ni utk melihat benda yang lain dari yang lain. So, bermulalah detik mencari idea utk interface lagi.


Tahun 2016

Tadaa. Interface blog 2016

          Untuk celebrate readers saya ke 1k, saya hadiahkan anda dengan tontonan yang amat indah. (saya pulak dah). Masa ni semua terkejut. Komen yang memberangsangkan dari semua lapisan member. semua puji. First time blog aku bertukar warna dan jenis. Semua seakan tidak percaya kenyataannya. Duhh. (mula dah nak bernyanyi) Kau ingat senang? Hahaha. Raw HTML bole dah dapat kt Google. Nak edit tu makan satu hari duk ngadap lappy. Sebab aku bukan ICT student. Tu la yang nak edit pon lama gila. Sampai bole linkkan blog dengan gambar IG aku. Aku cukup berpuas hati dengan masa yang aku luangkan untuk edit natang ni.

          So, masing-masing dah terdiam la dengan interface aku untuk tahun ni. Dan dan dapat request lagi untuk celebrate readers ke 3k pulak. Aku baru plan nak celebrate yang kali ke 1 juta. Baru la best. Ni duk sruh tuka interface lagi.


Tahun 2017

Interface blog 2017

          Haaa. Tu bukan interfac ea. Tu masih mencari idea untuk buat interface baru. Aku pon dah habis idea dah tu yang buat entry ni nak dapatkan idea dari readers yang aku sayangi. Sebab korang yang baca. So, apa yang korang nak dari blog aku? Kalau ada request interface baru mai la kongsi. Mana tahu idea interface korang dapat menjadi realiti kat blog aku ke kan. Mana tahu tetiba dapat hadiah misteri dari aku pulak kan. (mmg tak kan dapat pon).


          So, itulah sebab entry aku kali ni. Nak mencari idea untuk buat interface baru demi menyambut views ke 3k. Terima kasih kepada readers yang sudi membaca luahan perasaan aku dan member member yang duk support sis. Huhu. Teharu. Kene belanja korang cekelat ni. Hehe. Tipu je. Cekelat berbahaya tau. Jangan amalkan. Sekian dari saya untuk entry kali ni. Kalau korang ada idea bole la dm ke comment kat bawah ke. Untuk orang yang request interface tu, terima kasih sebab tambahkan kerja untuk buat coding HTML pulak. Takcukup dengan Arduino. Duk tambah coding lagi. Ok. Pape pon. HAPPY 3K READERS ! (boom boom mercun) (sedih blog tak de emoji) sob sob. Jumpa next entry with new interface. Byeeeeeeeeee.

SyuQie

Amaran : Jangan Terlampau Suka Sangat !

Assalamualaikum guys..


          Lama beno tak sentuh blog ni kan.. Rasa rindu tu mendalam sangat ala-ala sedalam-dalam rindu gituh. Bukan tak nak sentuh. Tapi masanya je yang tak mengizinkan. So yeah! Ni je lah masa untuk berblog sebab lepas ni kompom dah busy gila. Projek belambak, assignment menggunung, tutorial berbukit, lab lagi.. Aduhh. Serabut kepala ni. Tapi untuk korang wahai si pembaca setia, akan ku tetap gagahkan jua menitip blog ini. Ewah !! Hahahaha. Ok. Jangan Suka Sangat ea! Tgok tajuk. Malas nak intro panjang panjang. Kita terus la ke content yang sepatotnya dicontentkan.


8 November 2016

          Cerita dia start dari 8 Nov tahun lepas. Sapa tahun 8 Nov ni hari ap? Sapa yang tahu angkat tangann!! Nak bagi lele. Hehe. Tak de sapa pun tahu kan. Sedih je beria. My birthday lerr. Sapa tak happy kan birthday kot. Korang pon mesti happy. Dapat celebrate dengan family, dengan kawan dan ditambahkan lagi dengan my plus one. Alolo. So shewet ! *mata ke atas*. Masa 8 Nov ni seronok dah celebrate dengan family. Apa lagi arn mmg makan je la kerjanya. Makan sampa puas. Sapa tak nak arn. So.. Kita lanje sikit gambar..

     



Haa. Nampak ! Muka happy dah tua. Makin tua pon happy jugak. Tak tahu nk ckp cemana. Igt tak dak sapa nak bg surprise kat kita.


9 November 2016

           Dah puas celebrate ngn family. Kita celebrate la pulak ngn my plus one. Huhu. Macam biasa lah makan lagi. Hahaha. Hidup penuh dengan makan sebab tu bahagia je muka. Badan pon bahagia je tgok. Bole terapung kalau campak dlm air. Macam tu sekali perumpamaan dia -,- Tambah dengan surprise lagi. Cukup bahagia dah.



Memang bahagia to the max la. Dua hari berturut turut dapat surprise. Ingat tak dak sapa nak celebrate birthday I kan. Rupanya ada. Terharu ngattt. Ouchh.


10 November 2016

          Hari ni aku kerja macam biasa. Shift malam masa ni. Happy je muka. Bertambah pulak tu shift ngn Soon waktu tu. Mmg movie time la + snacks. Hahaha. Nampak buruk beno perangai. Mmg pesta habis.


11 November 2016

Jeng jeng jeng


          Haaa. Semua terkejut. Pasaipa nak pi masuk hospital pulak. Nak main bedah2?? Jangan kata orang terkejut. Aku sendiri ni haa terkejut. Dalam suka terpalit pula duka di hati. Baru 2 hari wey celebrate birthday. Tak sempat nak celebrate ngn member. Kau rasa tak sedih dia tu. Perghhh!! Dah sakit nak dtg. Mmg x bole lari la cite dia. 

          Masa tu pulak sepatotnya aku kerja shift pagi. Dorang pulak bole inform bos nak dtg visit pagi tu. Sepatotnya pulak aku dgn designer. Dan dan aku masuk spital pagi tu, terpaksa Vivin sorang. Kesian dia. Pagi tu tros pi klinik. Disahkan Appendicitis dan tros dapat surat pi spital. Mau tak meraung kau kene masuk spital. Tak pernah2 hidup kau kene bedah. 



          A first pi KPJ Pasir Gudang, tapi dan dan masa aku pergi tu doktor tak de ke cemana tah. Aku pon lupa (short term memory lost). Pastu parents truih pi bawak Regency Specialist kat PG tu jgk. Dekat je ngn KPJ. Dah x de choice lain arn. Masuk je jumpa doktor truih kene warded. Perasaan tu hanya Allah je tahu. Gementar dia. Huhuhu. Malam tu mmg tak boleh makan pape dah. Kene puasa sampai pagi untuk buat CT Scan untuk confirmation sama ada btol ke Appendicitis. 


12 November 2016 -18 November 2016

           Pagi2 lagi nurse dah jemput pakai kerusi roda untuk buat CT Scan. HAHAHA. Padahal aku ada lagi kaki nak jalan. Rasa la jadi pesakit tu. Aku pulak mmg jenis orang breakfast pagi. Lapar dia tu kau tak payah tanya. Aku duk tanya nurse banyak kali. "Memang tak bole makan lagi ke nurse?". Terserlah ketidakfahaman bahasa tu. Masa nak buat CT Scan tu kene minum air apa tah. banyak lak tu. Pastu kene masukkan contrast. Then, masuk dalam gelung tu. Ikot je la instruction dia utk tahan nafas ke tarik nafas ke. Orang yang bg instruction tu pon satu. Huru hara instruction. Aku confius nak tarik nafas ke tahan ke hembus ke. Haih. 

          Lepas CT Scan tu dorang tak bagitahu lagi apa result scan tu. Nurse hanta balik ke wad. Aku pon cuak. Asal x bgthu reuslt. Kalau x de Appendicitis, aku nak balik weii. Tak nak dduk spital lelama. Tetiba kol 12 gitu nurse datang bawak kerusi roda + gaun putih + topi hijau. Haaa. Mau tekejut kau. Dia kata nak masuk operation theater (OT). Dengan Tak prepare pape lagi dah dijemput masuk. Mmg menggelabah la. Parents aku pon baru plan nak pi lunch tak jadi lunch dah masa tu.  

          Nurse bawak aku pakai kerusi roda ke OT. Sampai OT dorang suruh aku naik atas katil. Baring. Tunggu masa je weyh nak masuk bilik bedah. Jangan tanya macam mana gambar tu bole disnap dalam OT. Tu ibu punya kerja. Ibu aku mmg. Kat mana je ada je gambar anak-anak dia snap. Pastu cuci masuk album. Ibu kata "nanti rindu Along kat UTP bole tgok gambar ni". Ayat selalu dia cakap. Terharu kejap. Huhuhu. 


Muka takut tu terserlah. Hahaha. Masa ni redha je la.

          Masa menunggu ni doktor datang cakap pasal result CT Scan. Masa masuk OT baru nak bagitahu result. Hmm. Sedih. Tapi yang paling sedih masa aku tahu yang aku bukan je Appencitis. Tapi.... Hmmm. Hasil dari CT Scan didapati Appendic aku nak pecah dah + kene bersihkan rahim sebab ada cyst pecah. Allahu. Rasa tersentap kejap. Aduhh. Kenapa jadi macam ni. Selalu dengar cyst kat laman social je. Tetapi dengar kene kat diri sendiri tu tersnetap jap. Lepas dia bagi penerangan tu semua + sign parents, nurse2 semua bawak aku pi masuk bilik bedah. 

          Pembedahan dalam masa 2 jam jugak lah. Cara pembedahan aku pon lain dengan pesakit Appendicits yang lain. Sebab aku buat 2 pembedahan dalam satu masa kan. So, mmg totally lain la. Rasa sakit lepas bedah tu mmg tk tipu. Sakit. Serious. Hmmm. Bukan nak takutkan tapi mmg realiti doeh. 

          Plus minus semggu gak la dduk spital. Bosan. Sumpah. Nak makn tak bole. Aku kene puasa 3 hari lagi. Dia kata takut jangkitan kuman. Masuk air je la dalam badan. Naik bengkak tgn. Nak ckp cemana. Ikut je la doktor cakap. Tapi sampai tahap lapr aku tu tak boleh bendung, ada la jgk aku mkn senyap2. End up aku muntah. Hahaha. Tu lah. Degil lagi. Kerja aku mmg tgok tingkap, tgok tv, main phone, cakap ngn dinding. Sunyi je.


                                        


          3 hari terlantar mmg tak boleh gerak. Nak buang air pon pakai tiub. Mmg terseksa gak la. Lepas 3 hari baru boleh makan. Apa lagi aku lenjan order yang sedap2 arn. Tapi doktor kata jgn mkn byk. Dgr je la ckp doktor. Nanti muntah lagi. 


My first meal in RSH

          Lepas dah boleh mkn, doktor sruh cabut la tiub semua. Sebab tak kan nak buang air besar dalam tiub pulak kan. Satu lagi fakta lupa nak bagi tahu. Lepas operation, aku langsung tak bukak selimut aku nak tgok tempat bedah. Serious. So,masa nurse bukak selimut tu. Punya terkejut aku. Bukan ada satu tiub je utk kencing. Ada satu lagi tiub masuk dalm perut secara live. Haa. Mmg terkedu kjp aku. Tgok dlm tiub tu ada drh bagai arn. Baru tahu ada 3 tempah bedah. Satu kat dalam pusat. Dua lagi kat tepi perut kanan. Kat pusat dia jahit. Kat tepi perut tak jahit. Tu pasal boleh masukkan tiub. 

          Nak dijadikan cerita, nurse ni mmg nak kluarkan tiub dari badan aku. dia punya ubat bius macam tak payah ltk pon x pe. Sakit. Dia tarik tiub dr perut secara live dpn mata. Mmg gigit bibir je la masa tu. 

           Dan dan lepas sehari aku boleh makan. Member aku pulak datang buat birthday surprise kat spital. Weyhhh!! Pengalaman yang tak kan dapat weyhh. Birthday Surprise kat spital weyy. Hahah. Rasa terharu nak nangis. Dari melaka, singapore, kulai, jb (yang jb ni kalau x dtg x thu nk ckp ap) datang semata mata untuk birthday I. I is so terharu U know ! HAHAH. Siap buat video lagi. Nasib video tak bole letak sini. Kalau tak mmg dah letak dah. 




          Conclusion, begitu la cerita saya. Tajuk tu sekadar menarik mnat je. Nak bersuka suka la tapi berpada pada. Peringatan untuk semua. Jagalah pemakanan anda. Sayangi diri anda. Tu je nak cakap. Jangan jadi macam aku. Dah terkena baru nak menyesal. Sakit tau bedah bukan tak sakit. Amalkan pemakanan yang sihat ye rakan2. Saya disini hanya mampu memberi peringatan dan nasihat. Penyakit senang je nak datang.Ingat tu.

          Sampai sini je entry kali ni. Kalau ada pape fakta yang tak betul dlm entry ni bole la betulkan. Tak salah pon. Jumpa dalm next entry tau. Byee :)


SyuQie